Berita Harian: Pemulihara Warisan; Anak muda penjaga Pulau Ubin
The following newspaper article is in Bahasa Melayu. For an English translation where this post was based on, please click here . Encik Syazwan (berduduk di hadapan, kedua dari kiri) semasa pembersihan kampung bulanan yang dianjurkannya. Kemeriahan begitu terasa apabila anak-anak bandar dapat berkunjung ke kampung. Foto oleh Majulah Community ***NOTIS: Terdapat beberapa percanggahan di dalam artikel ini, seperti orang lain digambarkan sebagai diri saya dan juga perkataan-perkataan yang tidak begitu setaraf pengunaannya. Oleh sedemikian, artikel ini telah disuntingkan oleh saya demi menyampaikan akhbar yang tepat dan benar.*** SEBAGAI seorang kanak-kanak, Encik Syazwan Majid tidak dihiburkan dengan cerita-cerita dongeng atau lagu kanak-kanak. Sebaliknya, ibu beliau akan menceritakan kisah tentang kehidupan kampung di Pulau Ubin, di mana beliau dibesarkan. Kisah-kisah itu dulunya 'agak menjengkelkan' pemuda yang berusia 22 tahun ini. Pada waktu itu, bel...