ANNOUNCEMENT: WUJ wishes everyone a Happy Ubin Day 2020! WUJ launches "WUJ Wan Go Jalan? (Virtually)" in conjunction with Pesta Ubin 2020 and Ubin Day 2020 celebrations Play your part in fighting COVID-19: Be socially responsible, uphold strict personal hygiene and social distancing measures

Berita Harian: Pemulihara Warisan; Anak muda penjaga Pulau Ubin

The following newspaper article is in Bahasa Melayu. For an English translation where this post was based on, please click here.

Encik Syazwan (berduduk di hadapan, kedua dari kiri) semasa pembersihan kampung bulanan yang dianjurkannya. Kemeriahan begitu terasa apabila anak-anak bandar dapat berkunjung ke kampung. Foto oleh Majulah Community

***NOTIS: Terdapat beberapa percanggahan di dalam artikel ini, seperti orang lain digambarkan sebagai diri saya dan juga perkataan-perkataan yang tidak begitu setaraf pengunaannya. Oleh sedemikian, artikel ini telah disuntingkan oleh saya demi menyampaikan akhbar yang tepat dan benar.***

SEBAGAI seorang kanak-kanak, Encik Syazwan Majid tidak dihiburkan dengan cerita-cerita dongeng atau lagu kanak-kanak.

Sebaliknya, ibu beliau akan menceritakan kisah tentang kehidupan kampung di Pulau Ubin, di mana beliau dibesarkan.

Kisah-kisah itu dulunya 'agak menjengkelkan' pemuda yang berusia 22 tahun ini.

Pada waktu itu, beliau gagal melihat perkaitannya "memandangkan saya membesar di Singapura pada tahun 2000-an".

Tetapi, apabila beliau semakin membesar, beliau mula menghargai cerita-cerita nostalgia ibunya berkenaan kehidupan kampung.

Ibunya, Cik Noorriah Sulong, telah tinggal di Pulau Ubin selama lebih 30 tahun sebelum berpindah ke tanah besar pada 1989.

Semasa cuti sekolah, keluarga tersebut akan membuat perjalanan sehari ke Pulau Ubin.

Ketika itu, beliau akan menyewa basikal yang boleh dinaiki dua orang, dan mereka akan berkelah di Chek Jawa sebelum melawat bekas jiran-jiran mereka.

"Ibu saya selalu memvisikan rumah kampungnya sebagai rumahnya yang sejati.

"Visi inilah juga yang telah mencetuskan keinginan saya untuk mencari kegembiraan yang beliau telah lama rindui," kata Encik Syazwan.

Beliau membuat kunjungan lebih kerap ke pulau itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang arwah datuk dan nenek serta bekas rumah keluarganya.

Pada 2018, beliau telah memulakan jurnal secara online untuk mendokumentasikan lawatan dan interaksinya dengan penduduk di Ubin.

Beliau juga berjaya menemui 818K, rumah lama keluarganya, selepas beberapa bulan mencarinya dengan bantuan peta akrib lama dan setelah bercakap dengan penduduk-penduduk di situ.

"Rumah kayu tersebut telah ditinggalkan terbiar selama tiga dekad, dan hanya batu-batu asasnya sahaja yang tinggal.

"Walaupun begitu, saya tetap berasa lega dan teruja. Saya berasakan saya telah berhubung semula dengan satu warisan yang telah lama terpisah dengan saya," katanya.

"Kini, saya mempunyai perasaan yang sama seperti ibu saya ketika beliau seusia dengan saya.

"Saya juga berasa dekat dengan datuk dan nenek saya hanya dengan berada di tempat yang sama, di mana mereka membesarkan ibu saya dan adik-beradik beliau."

Bergenang air mata ibunya apabila beliau terlihat rumah yang dibina oleh ayahnya kini telah tiada lagi.

Encik Syazwan kini merupakan seorang pegawai perhubungan komuniti di Pulau Ubin.

Menurutnya, beliau "berinteraksi dengan penduduk kampung untuk mecari cara bagi meningkatkan mutu hidup mereka sambil menganjurkan pemuliharaan daya tarikan kehidupan di kampung."

Beliau juga memulakan projek pembersihan kampung bulanan di pulau itu bersama sekumpulan sukarelawan.

Para sukarelawan menyertai pembersihan kampung di mana mereka dapat memberi bantuan kepada penduduk di Ubin. Foto oleh Majulah Community

Mereka turut membantu warga tua untuk membersih dan memangkas pokok-pokok di laman mereka serta membuang sampah sarap.

"Sekurang-kurangnya, inilah yang saya boleh lakukan untuk mengekalkan keindahan rumah kampung mereka.

"Saya berharap perjalanan saya untuk memulihkan warisan keluarga saya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

"Semua orang mempunyai kisah mereka yang tersendiri dan dalam setiap kisah ini, kita dapat membina identiti kita sendiri," ujarnya - BT 

Artikel ini boleh didapati di dalam suratkhabar Berita Harian pada tarikh 13 Ogos 2019 di mukasurat 16.

May Pulau Ubin thrive again, with its people in its heart.

--

Like WUJ on Facebook!
https://www.facebook.com/wansubinjournal

Follow WUJ on Instagram!
https://www.instagram.com/wansubinjournal

Follow WUJ on Twitter!
https://www.twitter.com/wansubinjournal

Have any enquiries? Send an email to wansubinjournal@gmail.com

--

Come join me on Ubin as a volunteer to clean up our kampongs!

Find out more about WUJ Kampong Clean-Up!
https://wansubinjournal.blogspot.com/p/kampong-clean-up.html

Sign up immediately here!
https://bit.ly/wujkcu19

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Ubin's Constant Vulnerability to Redevelopment

Putting the Saga in Saga Seeds

The Legend of Pulau Ubin - The Elephant, The Pig and The Frog